my calendar

tentang owner..

My photo
Assalamualaikum.... Nama saya AZLAN BIN OTHMAN. InsyaAllah,dengan terbinanyer blog ini saya harap sedikit sebanyak boleh 'release' me and yours.

Monday, July 4, 2011

Ibu,ayah.....

Ibu,ayah...
Ingin saat ini ku kucup dahimu,
Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu,
Mengalirkan air mata dalam pelukanmu,
Pelukan yang dapat menenangkan hati ini.


Ayah,
Aku rindu cium tanganmu,
Tangan yang berhempas pulas mencari rezeki,
Aku rindu kata-katamu,
Kata-kata yang jarang kau ucap namun dapat menaikkan semula diriku.
Ibu, Ayah,
Aku rindu menatap wajahmu,
Aku rindu masakanmu,
Aku rindu nasihatmu,
Aku rindu gelak tawamu.
Ibu,
Maafkan aku ketika aku malas membantumu,
Maafkan aku ketika aku merisaukan hatimu,
Maafkan aku ketika aku bukan anak yang baik,
Kerana sungguh, aku berusaha menjadi yang terbaik.
Ayah,
Maafkan aku ketika aku bermasam muka,
Maafkan aku ketika muncungku panjang sedepa,
Maafkan aku ketika aku mengecewakanmu,
Kerana sungguh, aku masih mencari makna anak yang baik.
Terima kasih cintaku, ibu dan ayah,
Aku bangga jadi anak kalian.

No comments:

Post a Comment

conan EOS 600D

EOS cameras EOS 600D - Canon Malaysia - Personal
Azlanothman Slideshow: Geun’s trip from Johor Bahru, Johor, Malaysia to Muar was created by TripAdvisor. See another Muar slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.